Social Icons

Minggu, 04 Agustus 2013

Berkenalan Dengan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia

Dalam kunjungan saya ke Melaka Malaysia Bulan Desember akhir tahun 2011 hingga Awal Bulan January 2012 kemarin, sempat juga saya berkenalan dengan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia. Di bawah bimbingan Prof. Madya Mohd. Arif Mat Hanafiah saya belajar gerak silat seni ini yang begitu indah namun sangat efektif.

Seni Gayung Fatani merupakan aliran Seni Silat Melayu Semenanjung yang berakar-umbi dan berkembang di dalam masyarakat Melayu khususnya di bahagian utara Semenanjung dan negara-negara seperti Thailand, Kampuchia dan Vietnam.

Perguruan ini telah didaftarkan pada 1976 dengan Tuan Haji Anuar Bin Abdul Wahab A.M.N. selaku Guru Utama. Beliau juga Ahli Perguruan (PESAKA) dan Sesepuh (PERSILAT) dan membawa perguruan ini berkembang seluruh Malaysia dan Antarabangsa.

Pertubuhan Seni Gayung Fatani adalah anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) yang mengekalkan ciri-ciri ilmu dan amali tradisi Seni Silat Melayu Semenanjung sebagai seni mempertahankan diri yang indah berdasarkan ciri seni sosio-budaya Melayu.

Pendidikan Seni Silat merupakan kurikulum perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia khusus untuk pelajar-pelajar sekolah, IPTA/IPTS dan yang setaraf dengannya. Berasaskan dari sistem ‘Berguru’ di gelanggang tradisi dengan adat istiadatnya kepada satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang setara dan terkini.

Mohd.Ariff Bin Mat.Hanafiah ialah Pengerusi serta Guru Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Negeri Melaka.

Berkecimpung dalam perguruan ini sejak 1986 semasa menuntut di Institut Kemahiran Mara Petaling Jaya, Selangor. Seorang Pensyarah berjawatan Professor Madya di Jabatan Kawalan, Instrumentasi & Automasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).






Tidak ada komentar:

Posting Komentar